Perancangan di Wikipedia Pengguna:Zahirulnukman

Tiada perancangan khusus buat masa ini. (28 Januari 2020)

Kerja tertangguh

Istilah semasa membuat suntingan

Saya akan menggunakan beberapa perkataan sebagai ringkasan suntingan rencana saya antaranya:

  • Kemas kini - bermaksud saya membuat kemas kini terbaharu mengenai perkembangan semasa sesebuah rencana.
  • Kemasan - bermaksud saya menambah sedikit beberapa perkara untuk menambah nilai rencana.
  • Kemas semula - bermaksud saya membaik pulih, atau membuat pemulihan sederhana besar terhadap rencana berkenaan.
  • Rencana baharu - bermaksud rencana yang dibuat adalah rencana yang dibuat baharu, sama ada melalui penterjemahan Wikipedia bahasa lain atau sememangnya asal bahasa Melayu.
  • Rencana asas - bermaksud rencana tersebut seperti Rencana baharu, tetapi mempunyai maklumat yang terlalu sedikit, dan memerlukan pengembangan daripada pengguna lain.

Kecenderungan berkecuali

Saya ialah peminat Parti Islam Se-Malaysia (PAS). Saya mula meningkatkan profil parti tersebut sejak awal 2013 dan mula mengembangkan rencana utama dan mewujudkan rencana berkaitan parti politik tersebut. Saya menyedari bahawa Wikipedia bukanlah satu forum politik, ia merupakan sebuah ensiklopedia yang harus bersifat neutral dan informatif, serta bukan bersifat pujukan. (Lihat: WP:BUKAN dan WP:NPOV) Maka, saya cuba untuk tidak meletakkan kandungan yang berat sebelah terhadap kecenderungan ini. Sekiranya saya melakukannya, mohon teguran daripada para pengguna.